Nothing ear (1) Black Edition Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM499

TechnologyDigital
7 Dec 2021 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing ialah syarikat elektronik yang diasaskan oleh pengasas OnePlus, Carl Pei yang kini dilihat sebagai sebuah syarikat yang mahu menawarkan perkakasan dan aksesori elektronik kelas premium pada harga mampu milik. Setakat ini mereka telah melancarkan fon telinga TWS Nothing ear (1) yang sudahpun dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama dahulu.

image is not available

Terkini, Nothing telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Nothing ear (1) Black Edition untuk pasaran tempatan. ear (1) Black Edition ini merupakan fon telinga TWS ear (1) sama sebelum ini, cuma ia hadir dengan kilauan gelap berwarna hitam yang masih lagi mengekalkan rekaan lutsinar yang membuatkan fon telinga ini cukup terkenal dengan estetik dan kualiti audio yang baik pada harga mampu milik.

Nothing mengesahkan bahawa pelancaran fon telinga edisi hitam ini akan hadir dalam dua fasa. Fasa pertama ialah ia akan dijual di kedai fizikal dengan kerjasama bersama jenama kedai fesyen popular Crossover Malaysia. Fasa pra-jualan ini akan bermula pada 8 Disember ini di kedai Crossover Sunway Pyramid dan Mid Valley, dan juga Crossover Online secara terhad dan siapa cepat dia dapat.

image is not available

Pelancaran rasmi Nothing ear (1) Black Edition ini akan bermula di kedai atas talian Shopee mereka dan juga kedai-kedai pengedar rasmi seperti SenQ, Harvey Norman, DirectD dan sebagainya pada 17 Disember pada harga RM499.