PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

11 Dec 2021 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-76, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

“Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa (sentiasa) berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah ALLAH SWT,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Sabtu.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada Sabtu, seramai 87 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran. - Bernama