
KOTA BHARU - Polis Kelantan menembak mati dua penjenayah termasuk ketua geng samun bersenjata api dan pengedaran dadah dikenali sebagai Adik Mat di tempat persembunyian mereka di sebuah pondok dalam kebun getah di Batu Papan, Gua Musang, pada Isnin.
Dalang utama berusia 29 tahun dan ahli geng berusia 36 tahun itu maut di lokasi serbuan pada jam 11.30 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Khas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
AKAN MENYUSUL
