Bob Yusof Titip Doa Buat Ibu Untuk Ubat Kerinduan, Hasrat Ziarah Pusara Ibu Tidak Kesampaian

7 Dec 2021 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Guru vokal dan penyanyi, Bob Yusof mengakui terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan sejak tahun lalu bagi menangani penularan wabak Covid-19.

image is not available 1 hari lalu

Alami Simptom Yang Menyakitkan, Wani Kayrie Disahkan Positif COVID-19

image is not available

image is not available

Menurut Bob, apa yang sudah dilaluinya ketika fasa PKP tersebut menjadi pengalaman dan pelajaran paling berharga sepanjang bergiat aktif menjadi anak seni.

Saya bersyukur kerana dapat juga melalui fasa getir itu dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri.

Meskipun perit melaluinya, Bob memaklumkan yang dia tetap bersyukur kerana pengalaman tersebut dihadapi dengan hati terbuka walaupun ada kalanya terasa ‘sesak’ untuk mencari pendapatan dalam fasa tersebut.

Tambah Bob, dia mengharapkan agar semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih baik selari dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang.

Dalam pada itu, Bob turut memberitahu bahawa perkara yang paling diingati ialah apabila dia tidak dapat pulang beraya di kampung halamannya di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu serta tidak dapat menziarahi pusara ibunya.

image is not available

Ujar Bob lagi, dia ada pulang ke kampungnya baru-baru ini tetapi masih tidak dapat ke pusara ibunya memandangkan belum dibenarkan menziarah kerana kawasan perkuburan tersebut menjadi pusara untuk mangsa Covid-19.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop turut menjelaskan yang dia sememangnya sedih dengan keadaan tersebut namun dia redha dan bertindak mengirimkan doa saja bagi mengubati kerinduan yang tidak berpenghujung itu.