Peti Pengasingan Macam ‘Keranda’, Wanita Indonesia Serik Dijangkiti COVID-19

Entertainment
20 Dec 2021 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman seorang wanita Indonesia di platfrom TikTok menunjukkan situasi dirinya terlantar di hospital akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Di dalam video yang dimuat naik oleh wanita tersebut, terlihat dirinya sedang baring dari dalam peti COVID dan perkongsian itu telah meraih lebih 1 juta tontonan dari orang ramai.

Melihat dari video itu, wanita yang dikenali sebagai Safila Marina itu berada di dalam satu peti lutsinar dan apa yang membuatkan ramai yang terkejut adalah kerana peti itu seolah-olah seperti keranda.

Difahamkan, wanita terbabit terpaksa duduk dalam ‘keranda’ itu kerana ingin dibawa ke makmal bagi pemeriksaan X-ray, sedangkan pada mulanya dia memang berada dalam bilik pengasingan COVID-19.

Dari bilik pesakit ke makmal X-ray, pesakit akan dibawa dengan menggunakan keranda COVID-19.

Dalam pada itu, Safila turut berkata susah untuk dirinya bernafas dan berasa ‘sesak’ kerana keranda tersebut sememangnya ditutup rapat.

Video yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian pengguna TikTok dan rata-ratanya turut berasa lemas serta tidak mahu melalui apa yang dilalui oleh wanita tersebut.

Seram ye tengok keadaan dalam tu..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

Kontroversi Bantu Naikkan Nama, Sharifah Rose Tak Mahu Fikir Soal Cinta, Mahu Fokus Berlakon