Dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kepada Juruiring Rasmi, Netizen Tak Setuju Nik Ezanee Ditukar Tugas

17 Dec 2021 • 7:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai pertukara Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal yang dahulunya bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor kepada juruiring rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Difahamkan, Nik Ezanee telah memulakan tugas barunya itu semalam, seperti yang dilaporkan Astro Awani.

image is not available

Namun, bagi sesetengah netizen, ramai yang beranggapan bahawa pertukaran tugas itu sebagai seolah-olah satu pembaziran kemahiran dan kebolehan yang dimiliki pegawai berusia 43 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat bahawa pegawai polis berdedikasi seperti Nik Ezanee sepatutnya berkhidmat kepada masyarakat.

image is not available

Ini berikutan kejayaannya membanteras banyak kegiatan jenayah di Selangor dibandingkan dengan tugas juruiring yang dianggap kurang mencabar.

Terdahulu, keperibadian Nik Ezanee sering menjadi bualan warga maya kerana sikapnya yang suka membantu masyarakat susah di kawasan seliaanya sebelum ini.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Teringin Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya"- Adik Adam