Ayie Floor 88 bakal bergelar bapa, teruja isteri hamil

Entertainment
24 Dec 2021 • 2:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie Elham berkongsi berita gembira bakal bergelar tidak lama lagi apabila isterinya, Tasha Awie kini hamil cahaya mata pertama mereka.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada Khamis, Ayie, 24, mengharapkan peminat terus mendoakan yang terbaik buat isteri dan bayi dalam kandungan.

“Insya-ALLAH AETA Junior is Coming. Terima kasih isteriku. Saya sayang awak sampai syurga.

“Doakan yang indah-indah buat kami. Amin-aminyaroballamin,” tulis Ayie.️

Dalam pada itu, penyanyi yang kini turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan itu turut memuat naik video reaksi keluarga dan sahabat handainya saat mengetahui tentang perkhabaran gembira itu di saluran YouTube AETA Channel, pada hari sama.

Difahamkan berita tersebut telah diketahui pasangan ini sejak sebulan lalu, namun masing-masing belum bersedia untuk berkongsi kepada umum sehinggalah didedahkan oleh Ayie semalam.

Ayie dan Tasha melangsungkan perkahwinan pada berkahwin pada 21 Oktober lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Januari.

 

(FOTO: Instagram Ayie Floor 88)