Digi RDY, pakej prabayar khas untuk gaming pada harga RM68

Gaming
10 Dec 2021 • 5:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Digi mengumumkan satu pakej prabayar baharu yang ditempa khas untuk gamers. Harganya adalah RM88/bulan tapi untuk waktu terhad, ia ditawarkan pada harga RM68/bulan. Bukan itu sahaja, 500 pelanggan pertama akan terima 10% lebih kuota Internet untuk 12 bulan.

image is not available

Yang ingin diketengahkan Digi dalam pakej ini adalah ciri Optimised Gaming Latency (OGL). Daripada demonstrasi yang dikongsikan, bila anda ber-gaming menggunakan pakej RDY, latensi anda turun kepada 14ms daripada 243ms. Kadar latensi rendah ini dicapai dengan cara mereka memberi keutamaan lebih tinggi untuk paket daripada APP game di rangkaian mereka untuk berikan kualiti servis terbaik.

image is not available

Walau bagaimanapun, bukan semua game menyokong OGL. Digi menyenaraikan 7 game setakat ini iaitu:

  1. Mobile Legends: Bang Bang
  2. PUBG Mobile
  3. Call of Dunty Mobile
  4. Free Fire
  5. Arena of Valor
  6. League of Legends: Wild Rift
  7. League of Legends

Bukan setakat OGL, kalau anda bermian mana-mana daripada 7 permainan ini, ia tidak akan menolak kuota Internet anda. Bercakap tentang kuota Internet, bila anda melanggan Digi RDY, anda diberikan 50GB data Internet untuk dimanfaatkan.

image is not available

Panggilan telefon adalah tanpa had ke semua rangkaian kecuali jika anda ingin menelefon nombor-nombor khas seperti 1-800 dan yang seangkatan dengannya.

Digi turut memberikan pulangan tunai bila anda lakukan pembelian menggunakan akaun prabayar anda di platform seperti Google Play, Apple App Store, Huawei AppGallery, Garena, dan CodaShop. Sebanyak 5% pulangan tunai (terhad kepada RM68 setiap kitaran bil) jika anda gunakan fungsi Direct Operator Billing.

image is not available

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan