IDC – Pasaran Peranti Boleh-Pakai Meningkat Pada Suku Ketiga 2021 Dengan Apple Kekal Teratas

TechnologyDigital
8 Dec 2021 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

IDC mengeluarkan laporan terkini mereka mengenai pasaran peranti boleh pakai untuk suku ketiga 2021. Ia mencatatkan peningkatan 9.9% berbanding suku yang sama tahun 2020. Peningkatan tertinggi ialah di segmen fon telinga dan TWS yang mencatatkan peningkatan 26.5%. Buat pertama kali juga jam tangan pintar berjaya memintas penjejak kesihatan yang kini meletakkannya di tangga kedua sebagai peranti boleh-pakai dengan pengeluaran terbesar.

image is not available

Apple masih lagi di tangga pertama dengan pegangan 28.8% diikuti oleh Samsung dan Xiaomi masing-masing memegang 9.2%, Huawei (7.9%) dan Imagine Marketing (7.2%) yang mengeluarkan peranti boAt di India. Walaupun kekal di tangga teratas, Apple mencatatkan penyusutan 3.6% dan Xiaomi pula lebih terus dengan penyusutan 23.8%. Imagine Marketing pula mencatatkan peningkatan menakjubkan 206% dan Samsung pula 13.8%.