PRU15: Pas Kelantan bincang hubungan dengan UMNO

Politics
24 Dec 2021 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU – Pas Kelantan akan mengadakan perbincangan melibatkan hala tuju masa depan parti itu dengan UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan telah menerima surat rasmi daripada Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada minggu lalu.

“Ya, kita sudah terima surat daripada mereka. Kita akan adakan mesyuarat pada minggu hadapan untuk melihat apa-apa perkara yang terbaik untuk kita,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pelepasan Misi Pemulihan Bantuan Banjir Kelantan ke Pahang di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Ahmad Jazlan telah menghantar surat rasmi kepada Ahmad untuk mendapatkan jawapan segera daripada

Pas Kelantan supaya mereka mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam kerjasama berkenaan.