
Intel dilaporkan akan melakukan pelaburan bernilai RM30 bilion di Pulai Pinang bagi meningkatkan pengeluaran semikondutor mereka di negeri tersebut menurut Bloomberg. Pengumuman rasmi oleh ketua pegawai eksekutif Intel Patrick Gelsinger dengan Azmin Ali menteri perdagangan Malaysia pada hari esok sempena lawatan beliau ke Malaysia.

Dengan peningkatan pengeluaran, Malaysia bakal menjadi salah satu hab pengeluaran cip di rantau ini. Pihak Intel telahpun bertapak di Pulau Mutiara sejak 1972 lagi. Seperti yang dapat dilihat tahun ini, Malaysia adalah negara penting dalam rantaian bekalan cip dunia. Penutupan kilang akibat pandemik mengakibatkan syarikat seperti Apple terpaksa mengurangkan pengeluaran peranti mereka.

