JPJ dan PDRM melanjutkan tempoh diskaun saman sehingga hujung tahun 2021

Local
13 Dec 2021 • 9:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Antara tarikan kepada acara sambutan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di KLCC minggu lepas, adalah diskaun sehingga 80% kepada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun, berlaku kesesakan luar biasa di sana dan tiada penjagaan jarak. Malah, KKM pula memberi kompaun kepada penganjur dan kaunter diskaun pembayaran saman JPJ dan PDRM ditutup serta-merta.

Mungkin melihatkan sambutan luar biasa masyarakat, JPJ dan PDRM tampil mengumumkan bahawa tempoh pemberian diskaun ini dilanjutkan. Untuk saman JPJ, pengurangan kadar kompaun saman dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021. Pembayaran pula boleh dibuat di semua kaunter JPJ Negeri, cawangan dan UTC.

image is not available

Berita daripada PDRM lebih baik. Pengurangan kadar kompaun saman dilanjutkan sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2021. Pembayaran pula boleh dibuat di semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD di seluruh negara, portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman dan Pejabat Pos Malaysia.

image is not available

Lebih baik lagi, diskaun untuk saman PDRM juga boleh dibayar di mana-mana mesin ATM Maybank. Caranya sangat mudah, hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk melihat semua saman dan membayarnya. Langkah-langkah lebih lanjut tentang cara membayar saman di ATM Maybank ada kami sediakan di sini.

Bagi yang cuba membayar saman JPJ dan PDRM secara dalam talian, anda mungkin berhadapan kesesakan pelayan yang menggagalkan usaha anda. Ada yang telah berjaya, mencadangkan anda cuba membuat bayaran di luar waktu puncak, antara pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Kepada yang akan melawat cawangan JPJ dan PDRM untuk membayar saman, jangan lupa untuk terus menjaga jarak satu sama lain, mensanitasi tangan selalu dan sentiasa memakai pelitup muka di khalayak ramai. Wabak COVID-19 masih belum menunjukkan penurunan ketara jadi kita mesti terus berwaspada.

[Sumber: JPJ, PDRM]

Bacaan Berkaitan

View Original Article