Tular Dakwaan Kotak Bantuan Tak ‘Setaraf’ Dengan Harga, KPN Beri Penjelasan

25 Dec 2021 • 7:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan kandungan kotak bantuan yang tidak setaraf dengan harga dan didakwa milik Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Berdasarkan sebuah hantaran di Facebook, pada awalnya pihak KPN telah diberi bajet sebanyak RM150 juta bagi program Kotak Mitra yang berharga RM150 sekotak dipercayai untuk diberikan kepada mangsa banjir.

image is not available
Hantaran tersebut telah pun dipadam.

Bagaimanapun, pengguna Facebook itu juga turut mengaitkan dengan sebuah video memaparkan kandungan kotak bantuan tersebut dan diihat tidak seperti yang disenaraikan oleh KPN.

Hal itu telah menimbulkan rasa amarah netizen selain mempersoalkan baki duit yang diperuntukkan dan mendakwa barang tersebut hanya berjumlah RM80 sahaja.

KPN beri penjelasan, nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut

Berhubung dengan perkara itu, KPN telah tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pada kandungan video berkenaan yang tular di media sosial sehingga mengaitkan nama kementerian tersebut.

Menerusi sebuah kenyataan di laman Facebook, KPN mengesahkan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berharap pihak berkenaan tidak mengaitkan perkara itu dengan pihaknya.

Menurutnya, bantuan yang dikeluarkan oleh KPN itu adalah program Kotak Mitra yang merupakan bantuan untuk masyarakat India B40 yang diselaraskan oleh Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Agensi terbabit di bawah Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu masyarakat India yang memerlukan dan terjejas akibat pandemik

Kementerian ingin menegaskan bahawa program Kotak Mitra adalah sumbangan kotak makanan kepada masyarakat India B40 di ladang-ladang, luar bandar dan pinggir bandar yang terkesan dengan pandemik.

image is not available

Tambahnya, program tersebut telah dimulakan sejak Julai dan telah selesai dilaksanakan pada November lalu yang melibatkan seramai 83,000 penerima.

Dalam pada itu, pihaknya juga turut menzahirkan rasa kesal akan tindakan itu dan menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita palsu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media