Awas! Perbuatan pemandu trak pikap boleh undang bahaya

Cars
13 Dec 2021 • 8:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KECUAIAN  sesaat oleh ibu bapa atau orang dewasa boleh mengundang padah kepada kanak-kanak.

Ia termasuklah membiarkan mereka berada dalam keadaan bahaya di dalam kenderaan.

Baru-baru ini rakaman video memaparkan kanak-kanak berada di bahagian belakang trak pikap yang sedang bergerak di jalan raya meraih perhatian ramai.

Video berkenaan dikongsikan pengguna Twitter @BxllaAnxar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang melompat-lompat seorang diri di bahagian belakang trak pikap  ketika hujan sedang turun.

image is not available

Menurutnya, beberapa buah kenderaan membunyikan hon serta membuka tingkap menegur perbuatan ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit.

Bagaimanapun tiada tindakan daripada trak pikap berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan teguran orang ramai.

Video berkenaan kemudian menjadi tular dan ditonton lebih 171,000 kali.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas terhadap pemandu kenderaan seolah-olah membiarkan sahaja kanak-kanak lelaki itu tanpa mengambil kira keselamatannya.

image is not available

- “Time baru nak hujan ada petir. Berani betul biarkan begitu.”

- “Bahayanya.”

- “Sama juga dengan ibu bapa yang bagi anak keluarkan kepala daripada sunroof.”

- “Bercakap mengenai sunroof, saya pernah ada pengalaman daripada keluarga sendiri. Mangsa meninggal keran kepala terkepit pada sunroof. Keluarganya ketika itu tengah kemas barang sedar-sedar mangsa sudah membiru di situ. Umur dalam lingkungan empat hingga lima tahun.”

- “Jalan kampung OK kot. Kalau lebuh raya, jalan besar, no no no.”

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan kanak-kanak selamat di dalam kenderaan. Untuk pengetahuan korang, kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) telah diwajibkan 1 Januari 2020.

Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter (cm) diwajibkan menggunakan kerusi keselamatan atau tempat duduk sokongan (harness) ketika di dalam kenderaan.

Ibu bapa latihlah anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan.

Pastikan mereka mengggunakan kerusi keselamatan dan memakai tali pinggang keledar. Keselamatan mereka adalah tanggungjawab ibu bapa dan orang dewasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!