Xiaomi 12, peranti pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1 akan dilancar pada 28 Disember

Digital
21 Dec 2021 • 4:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Xiaomi akan menjadi pengeluar pertama menggunakan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Ia kini disahkan apabila Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran sebelum berakhirnya tahun 2021.

Majlis pelancaran ini akan berlangsung pada 28 Disember 2021 di China dan Xiaomi akan melancarkan telefon pintar flagship mereka, Xiaomi 12 di majlis tersebut. Dalam poster rasmi pelancaran, terdapat dua telefon pintar di dalamnya, Xiaomi 12 dan satu lagi yang lebih besar adalah Xiaomi 12 Pro.

image is not available

Dari gambar ini, dapat dilihat muka hadapan dan sisi telefon di mana kedua-duanya ada satu lubang di atas skrin untuk memuatkan kamera hadapan. Skrin hadapan juga kelihatan melengkung di kedua belah siri. Di sisi telefon ada butang kawalan bunyi dan butang kuasa yang kelihatan biasa, tidak tenggelam. Ini menandakan ia akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin dan skrin AMOLED.

Buat masa ini, masih tidak diketahui apakah spesifikasi lain tentang Xiaomi 12, termasuk saiz skrin. Adakah ia akan menuruti pasangan iPhone 13 bersama iPhone 13 mini, atau iPhone 13 Pro bersama iPhone 13 Pro Max.

image is not available

Apa yang telah diketahui adalah Xiaomi 12 akan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Cip ini dibina berasaskan proses 4nm dan memiliki 8-teras, gandingan 1-teras utama Cortex-X2 3.0GHz, 3-teras Cortex-A710 2.5GHz prestasi tinggi dan 4-teras Cortex-A510 1.8GHz cekap tenaga.

Selain Xiaomi, Realme juga telah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dalam peranti flagship mereka yang akan datang, Realme GT 2 Pro tetapi masih tidak menyatakan bila ia akan dilancarkan.

[Sumber: weibo]

Bacaan Berkaitan