Huawei P50 Pocket Akan Dilancarkan Pada 23 Disember Ini – Pesaing Z Flip3?

TechnologyDigital
14 Dec 2021 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Mate V dikatakan adalah sebuah lagi telefon pintar dengan skrin boleh-lipat daripada Huawei. Mate V dikatakan adalah jawapan Huawei kepada Samsung Galaxy Z Flip. Semalam, imej selongsong pelindung peranti telah tertiris dan hari ini – Huawei secara rasmi mengumumkan yang 23 Disember ini Huawei P50 Pocket akan dilancarkan.

image is not available

Imej selongsong yang tertiris semalam, memperlihatkan modul kamera peranti yang mirip dengan Huawei P50. Nampaknya nama Mate akan terhad untuk skrin boleh-lipat besar dan P Pocket yang kecil? Huawei juga dilihat akan menggunakan tema warna putih/perak bersama dengan emas untuk peranti ini.

Buat masa ini, butiran peranti masih dirahsiakan. Adakah ia mempunyai spesifikasi sama dengan P50 kekal cip Kirin? Atau Snapdragon? Adakah setaraf atau lebih rendah? Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.