
Umum mengetahui beberapa negeri sejak minggu lalu telah dilanda banjir besar yang disifatkan banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.
Meskipun keadaan sudah semakin pulih di beberapa negeri antaranya di Selangor dan Kuala Lumpur, hujan lebat yang berterusan kini menyebabkan beberapa negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan pula ditenggelami air.
Baca artikel berkaitan : Kelantan Kembali Dilanda Banjir, Lebih 800 Mangsa di Jeli & Kuala Krai Terpaksa Berpindah
Keadaan ini meskipun sudah diramalkan, namun ia secara tidak langsung telah membuka mata masyarakat khususnya penduduk di negeri Selangor & Kuala Lumpur yang sebelum ini jarang dilanda bencana.
Ramai yang mula peka dan berjaga-jaga dengan sebarang amaran yang dikeluarkan agensi kerajaan terlibat bagi memastikan mereka lebih bersedia sekiranya berlaku banjir lagi.
Bercerita tentang persediaan, tahukah anda setiap rumah sebenarnya perlu mempunyai satu Bug Out Bag (BOB) iaitu beg kecemasan khas demi menghadapi sebarang malapetaka seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan lain-lain lagi.

Meskipun tidak diwajibkan, beg kecemasan yang turut dikenali sebagai ‘Go Bag’ ini amat berguna disaat anda benar-benar memerlukannya.
Dengan adanya beg ini, anda mungkin dapat bertahan selama 2-3 hari sekiranya terperangkap atau terkandas sementara menunggu bantuan tiba.
Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan bukan?
Untuk memudahkan anda, apa kata ikuti perkongsian kami di bawah untuk mengetahui bagaimanakah cara menyediakan BOB dan apakah kelengkapan yang perlu ada di dalamnya.
Selain itu, ada juga perkongsian yang dilengkapi pautan bagi memudahkan anda mendapatkannya secara online di Shopee seperti yang telah dikongsikan seorang pengguna Twitter @Shopeeholic_MY.
Jom!
Bagpack
Pertama sekali! Bug Out Bag pastinya adalah sebuah beg bukan. Pemilihan beg bergantung kepada anda namun sebaik carilah yang tahan lasak (sebaiknya kalis air) manakala saiznya dan kapasitinya bergantung kepada kemampuan anda untuk menggalasnya.
Secara ringkasnya lebih besar lebih beratlah bukan?
Kapasiti beg ini sebaiknya bermula dari 20L hingga ke 100L.
Drybag
Drybag penting kerana ia kalis air. Sekiranya beg utama anda tidak kalis air pastikan anda menyediakan drybag kerana ia dapat melindungi barang-barang peribadi termasuk barangan elektronik dari rosak.
Selimut
Untuk meminimakan penggunaan ruang, mungkin ada boleh menyediakan emegency blanket.
Namun untuk keselasaaan dan sekiranya anda mempunyai beg yang besar, mungkin tiada masalah untuk mendapatkan selimut biasa.
Torchlight / Headlamp


Sumber cahaya seperti lampu suluh dan headlamp sangat penting sekiranya kita terperangkap dalam gelap. Pastikan juga ianya dilengkapi bateri yang mencukupi.
Powerbank
Ada macam-macam jenis powerbank.
1. Jenis biasa 30000mAh boleh 7-8 kali full charge! : https://shp.ee/ww94pzd
2. Jenis solar : https://shp.ee/8ftww4d
3. Waterproof Solar panel : https://shp.ee/75w8wud
4. Foldable solar charger: https://shp.ee/bi7zded
Wisel

Radio mudah alih berbateri
Life jacket
Peti Pertolongan Cemas
Pastikan beg anda turut menyimpan peti pertolongan cemas dan juga ubat-ubatan.
Survival Kit
Camping Cookware dan Lilin Askar
Untuk persediaan memasak, mungkin ada memerlukan camping cookware kerana saiznya yang compact. Untuk yang asas, mungkin anda hanya memerlukan mestin sahaja, namun jika mahukan yang lengkap mungkin bleh mengguna cookware set 5 in 1 seperti di gambar kedua.
Pastikan juga anda menyediakan lilin askar dan lighter untuk menghidupkan api.
Foldbable water bottle
Stick light / Glow Stick
Ziplock bag

Dokumen penting jangan lupa simpan baik2. Boleh simpan dalam zip lock plastic macam ni utk lebih safety.
Baju dan seluar

Ration, Makanan dalam tin & Energy Bar
Selain barangan yang disenaraikan di atas, pastikan juga anda menyimpan sedikit wang, air dan juga kit kebersihan (face mask, sanitizer) seperti yang disarankan MetMalaysia.

Baca artikel berkaitan :
