Wanita harungi detik cemas, bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital minta balik ke rumah

30 Dec 2021 • 10:31 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PROSES kelahiran adalah situasi yang mencemaskan dua nyawa iaitu ibu dan bayi. Kerap kali dipesan wanita hamil perlu ke hospital sekiranya sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.

Namun, lain pula halnya yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang ibu terpaksa melahirkan bayinya di dalam kereta gara-gara tidak sempat sampai ke hospital semula.

Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Penangku Viral, wanita berkenaan terdahulu pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah mempunyai tanda-tanda bersalin pada jam 11.00 pagi.

image is not available

Bagaimanapun, dia diminta pulang pada jam 3.45 petang kerana diberitahu masa bersalin belum tiba kerana bukaan ketika itu hanya 2 sentimeter (cm).

Wanita berkenaan juga difahamkan sudah merayu untuk terus berada di wad kerana kediamannya di Sungai Ara, Bayan Lepas, agak jauh dari hospital.

Rayuannya itu dipercayai tidak dipertimbangkan menyebabkan wanita tersebut terpaksa pulang ke rumah selepas mengharungi kesesakan trafik selama sejam dan tiba pada jam 5.15 petang.

image is not available
Gambar hiasan.

Bagaimanapun pada jam 7.00 malam, dia mengalami turun darah yang banyak dan terpaksa bergegas ke hospital itu semula yang akan mengambil masa 50 minit hingga 1 jam 20 minit mengikut aplikasi Waze berikutan waktu puncak.

Wanita berkenaan bagaimanapun akhirnya telah melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital sebelum dibawa suaminya ke hospital swasta terdekat.

image is not available

Untuk pengetahuan para pembaca, proses kelahiran yang tidak dipantau kakitangan terlatih dan bertauliah adalah berbahaya.

Ia mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko seperti tumpah darah, bayi lemas, jangkitan kuman dan sebagainya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!