Tak sengaja 'follow' IG, Instagram Jennie Blackpink diserang peminat V BTS

Entertainment
10 Dec 2021 • 2:22 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NAMPAKNYA ahli kumpulan Blackpink, Jennie menjadi kecaman para peminat V daripada kumpulan BTS.

Segalanya bermula apabila V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung secara tidak sengaja mengikuti akaun laman sosial milik Jennie 7 Disember lalu.

image is not available
Jennie (dua dari kiri) bersama ahli kumpulan Black Pink yang lain.

Lapor AllKpop, V bertindak berhenti mengikuti (unfollow) laman sosial ahli kumpulan Blackpink itu selepas menyedarinya.

Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat kerana para peminatnya lebih pantas menyebarkan rakam layar Instagram yang menjadi punca menimbukan tidak puas hati mereka.

Tidak hanya itu, para peminat V telah memberikan pelbagai komen mengancam hubungan antara V dan Jennie.

image is not available

Netizen Korea berkumpul di komuniti dalam talian untuk meluahkan perasaan mereka terhadap ahli kumpulan pujaan itu.

Sedang peminat V menyerang laman sosial Jennie, netizen menyampaikan kekesalan atas perbuatan itu.

Mereka menulis di dalam sebuah platform komuniti dalam talian.

image is not available

 - "Saya berasa sangat teruk, Jennie tidak melakukan apa-apa tetapi dia diserang oleh peminat BTS yang mengatakan dia cuba menarik perhatian."

 - "Saya tertanya-tanya jika Jennie berfikir untuk menutup komen pada akaunnya. Saya berasa sangat sedih sehingga dia diserang ganas."

 - "Ini bukan kali pertama peminat luar negara melakukannya. Tetapi saya benar-benar tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian?"

 - "Adakah dia perlu difitnah seperti itu?"

 - "Ini sangat mengarut,"

 - "V adalah orang yang membuat kesilapan, mengapa mereka menyerang Jennie?"

 - "V yang follow Jennie secara tak sengaja, kelakar pulak mereka menggunakan hashtag #freeV,"

 - "V secara tak sengaja tekan butang follow, V pun tanya macam mana dia boleh buang dari suggest friend list."

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: AllKpop