Dua perompak dijel 11 tahun

15 Dec 2021 • 11:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lelaki masing-masing dipenjara 11 tahun dan dikenakan tiga sebatan rotan kerana merompak seorang lelaki dan melarikan RM150 dengan dua telefon bimbit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Dul Jamal, 27, dan Mohammad Faidzal Abrahim, 28, yang mengubah pengakuan mereka dan mengaku bersalah semasa sambungan perbicaraan mereka pada Selasa.

Mohd Dul dan Mohammad Faidzal melakukan kesalahan tersebut terhadap Mohd Nazri Imran pada pukul 4.30 pagi 20 Oktober 2019 di Kedai Mini Mart di Pekan Telipok, dekat sini.

Semasa jenayah itu, mereka menggunakan sebilah parang dan sebotol petrol.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan, bersama dengan seorang subahat yang masih bebas.

Mahkamah memerintah supaya dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap mereka.

Semasa rayuan, mereka meminta hukuman ringan dengan mengatakan mereka sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang.

Menurut Mohd Dul dan Mohammad Faidzal, mereka perlu menanggung keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab dua tertuduh itu telah membazir masa dan kos semua pihak kerana hanya mengaku bersalah pada pertengahan perbicaraan.

Tham selanjutnya berhujah bahawa kejadian itu telah menyebabkan trauma kepada mangsa kerana semasa perbuatan jenayah itu, dua tertuduh dan subahat mereka bukan saja mengacu parang kepadanya (mangsa) tetapi juga mencurahkan petrol ke atasnya.

Pendakwaan telah memanggil seorang saksi semasa perbicaraan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.