3 inovasi yang akan hadir pada Realme GT 2 Pro

Design
21 Dec 2021 • 12:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme mengadakan satu livestream berkaitan Realme GT 2 yang akan dilancarkan. Sungguhpun tiada sebarang produk baharu dilancarkan, Realme berkongsikan beberapa perkara menarik tentang telefon yang bakal tiba tak lama lagi.

Paper Tech Master Design

Dalam produk-produk premium Realme, biasanya aka nada edisi istimewa yang dipanggil Master Edition seperti Realme X Master Edition, Realme X2 Pro Master Edition, dan Realme GT Master Edition.

image is not available

Untuk ediso GT 2 Pro, Nauto Fukasawa mengambil inspirasi daripada kertas dan menggelarnya Paper Tech Master Design. Untuk edisi terdahulu, dia pernah mengambil inspirasi daripada bawang, batu-bata, dan juga beg tarik.

image is not available

Realme GT 2 Pro juga dilaporkan akan jadi telefon pertama dunia menggunakan teknik bio-based smartphone design. Bahan mentah yang digunakan dalam penghasilannya dikatakan 63% lebih rendah penghasilan karbon dioksida berbanding bahan konvensional. Antar abahan mentah yang digunakan adalah pulpa kertas dan daun-daun mati.

Kotak pembungkusan telefon juga hanya mengandungi 0.3% kertas dan selebihnya adalah kertas kitar semula. Dakwat pencetak pula diperbuat daripada minyak kacang soya yang mesra alam.

image is not available

Kamera ultralebar 150 darjah pertama dunia

Kamera ultralebar sangat berguna untuk gambar berkumpulan ataupun landskap. Lebih luas sudut pandang kamera, lebih banyak subjek boleh masuk. Menurut Realme, kamera ultralebar telefon pintar yang paling lebar masa ini adalah yang ada sudut pandang 128 darjah.

image is not available

Mereka umumkan yang bakal ada kamera 150 darjah untuk berikan sudut pandang 20% lebih luas berbanding sedia ada, ataupun 278% lebih luas berbanding kebanyakan kamera utama telefon pintar dalam pasaran hari ini.

image is not available

Rekaan Antena Radio Lebih Canggih

Antena radio di telefon pintar tugasnya adalah menerima dan memancarkan isyarat radio bagi tujuan komunikasi seperti isyarat telco, isyarat Wi-Fi, dan isyarat NFC. Realme mengumumkan teknik 12 wraparound antenna bagi menambah baik prestasi antenna pada telefon mereka.

image is not available

Secara ringkasnya, telefon yang menggunakan rekaan antena boleh menerima isyarat radio daripada segenap telefon tanpa sebarang kemorosotan isyarat.

image is not available

Realme turut menambah baik tahap kepekaan antenna NFC melalui teknik ini. Berbanding telefon hanya membaca NFC di satu arah saja, dengan rekaan antenna baharu, ia boleh mengesan dan membaca NFC diseluruh badan telefon.

image is not available

Bacaan berkaitan