'Semoga Tabah Mengharungi Ujian' - Sharnaaz 

Entertainment
22 Dec 2021 • 3:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad menitipkan doa buat Shila Amzah yang kini berdepan detik sukar dalam hidup apabila penyanyi itu mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Shila atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Hamzah, 31, telah membuat pengumuman mengenai status rumahtangganya yang sedang bergolak di akaun media sosialnya termasuklah Instagram.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menurut Shila, dia kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya dan telah kembali ke kediaman keluarga di Hulu Langat. Malangnya, rumah keluarga telah dilanda banjir dan mereka terpaksa menumpang teduh di rumah ibu saudaranya.

Di bahagian komen ramai rakan-rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepadanya. Namun, yang paling mencuri tumpuan tentunya komen dari bekas kekasih Shila iaitu Sharnaaz Ahmad.

image is not available

Komen itu kemudiannya mendapat perhatian warganet dan sehingga kini telah mencatat lebih 7,000 tanda suka dan lebih 250 komen balas.

Ramai warganet mendoakan agar mereka dapat kembali berbaik dan bertemu jodoh kerana kedua-duanya mengharungi nasib yang sama dalam rumah tangga. 

ketika diminta mengulas mengenai komennya di hantaran Shila Amzah, Sharnaaz enggan membicarakan perkara itu lebih lanjut.   

"No komen," tulisnya ringkas dalam pesanan WhatsApp.

image is not available

Shila dan Sharnaaz pernah menjalin hubungan istimewa kira-kira 10 tahun lalu namun tiada jodoh di antara mereka. Shila berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 2018 manakala Sharnaaz bertemu jodoh dengan Noor Nabila pada 2017 tetapi telah bercerai tiga tahun kemudian.

Shila dan Sharnaaz masing-masing mempunyai seorang anak lelaki. - Getaran, 22 Disember 2021.

Foto: Instagram