“Langgar Etika, Integriti Penjawat Awam” – JKNJ Siasat Isu Viral Suami Curang

22 Dec 2021 • 8:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan apabila seorang wanita mendedahkan suami telah berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan diceraikan pada 5 Disember lalu selepas menangkap suami berdua-duaan dengan kekasih hati.

Wanita berkenaan difahamkan membuat pendedahan di media sosial untuk mencari keadilan buat dirinya dan anak setelah dikhianati suami sendiri.

Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui satu kenyataan media berkata pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular di media sosial berkaitan isu ‘Pengkhianatan dan Keadilan’.

Menurut Pengarah JKNJ, Dato’ Dr. Aman bin Rabu, perkara tersebut dianggap serius kerana telah melanggar etika dan integriti penjawat awam.

Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci untuk tindakan lanjut.

image is not available

Tambahnya, jabatan turut mengambil berat tindakan yang diambil pengadu iaitu menyiarkan isu di media sosial. Semua anggota diingatkan supaya menggunakan saluran yang ada dalam jabatan dalam menyampaikan aduan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.