Peruntuk RM25 juta laksana Transformasi Pasar Malam: Ismail Sabri

Business & Finance
3 Dec 2021 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - RM25 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Transformasi Pasar Malam di 50 tapak pasar malam utama di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Transformasi Pasar Malam mengetengahkan elemen norma baharu yang mementingkan kesihatan dan mengutamakan keselamatan.

Beliau juga memberitahu, sebanyak RM48.52 juta diperuntukkan bagi Program Pembiayaan Mikro untuk penjaja dan peniaga kecil dalam usaha memperkukuhkan ekonomi mereka.

Ismail Sabri berkata demikian semasa melancarkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 di Putrajaya, hari ini.

AKAN MENYUSUL