APP MySejahtera perkenal pengesanan guna Bluetooth dan butang checkout dibuang

TechnologyDigital
27 Dec 2021 • 7:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerbitkan satu kemas kini baharu untuk APP penjejak kontak rapat COVID-19 MySejahtera. Menurut menterinya Khairy Jamaluddin, ciri pengesanan kontak rapat menggunakan Bluetooth telah dimasukkan, ciri yang telah diwar-warkan sejak di awal pengenalan aplikasi penjejak kontak rapat. Setakat artikel ini ditulis, ia masih belum ada di Android, dan iOS, tapi sudah ada di Huawei App Gallery.

image is not available

Ciri yang dinamakan MySJ Trace itu berfungsi untuk mengumpul data kontak rapat individu yang turut menghidupkan ciri MySJ Trace pada peranti mereka. Namun, data yang dihimpunkan bukanlah data peribadi sebaliknya data tidak bertanda.

image is not available

Makanya, KKM bakal beroleh kaedah mengenal pasti kontak rapat yang lebih jitu berbanding hanya melihat pada rekod log masuk di pintu sesuatu lokasi kerana MySJ Trace menggunakan isyarat Bluetooth dan daripada kekuatan isyarat Bluetooth, KKM mungkin boleh menganggarkan berapa dekatkah jarak antara dua entiti MySJ Trace yang diperiksa.

image is not available

Seperti kebanyakkan ciri penjejak lain, MySJ Trace adalah optional dan ia memerlukan pengguna memberikan kebenaran kepada APP untuk mengguna pakai komponen Bluetooth telefon untuk tujuan pengesanan.

Selain pengesanan menggunakan Bluetooth, YB KJ turut mengumumkan yang butang checkout telah dibuang dek ianya tidak intuitif.