“Tak Pernah Berjauhan Terlalu Lama” – Ayu Damit Kongsi Rahsia Miliki Rumah Tangga Bahagia

28 Dec 2021 • 5:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13 pada 25 Disember lepas, penyanyi Ayu Damit meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang kekal bahagia sehingga ke hari ini.

image is not available 1 bulan lalu

Semakin Dikenali, Suami Ayu Damit Dituduh Tumpang Populariti Isteri?

Menurut Ayu, bukan mudah untuk menjaga keharmonian rumah tangga lebih-lebih lagi yang sudah terbina lebih sedekad lamanya.

Kami berkahwin sudah 13 tahun. Memang banyak pahit manis nya. Jadi kena banyak tolak ansur.

Ayu turut memberitahu yang berkemungkinan ikatan dia dan suaminya menjadi kukuh selama 13 tahun kerana mereka bekerja bersama serta tidak pernah berjauhan terlalu lama.

Tambah Ayu, dia sangat bertuah kerana suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Bukan itu sahaja, suaminya juga turut membantu menguruskan kerjayanya sebagai penyanyi selain membantu menguruskan hal rumah tangga mereka.

image is not available

Kalau saya sibuk, dia bantu uruskan hal rumah tangga.

Ujar Ayu lagi, dia mengakui yang kerjayanya menjadi lebih terurus dengan bantuan suami dari segi penjadualan nyanyian dan urusan menjadi lebih mudah serta tidak ada salah faham.

Sekadar info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Syed Fauzi pada tahun 2009 dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.