Instagram Mengaktifkan Ciri Take A Break Untuk Mengurangkan Masa Remaja Menggunakan Aplikasi

TechnologyDigital
8 Dec 2021 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada Oktober lalu Instagram mengumumkan mereka akan memperkenalkan ciri Take A Break yang diharap akan dapat mengurangkan waktu yang digunakan remaja menggunakan aplikasi mereka. Ciri ini akhirnya telah diaktifkan tetapi hanya kepada pengguna di Amerik Syarikat, Australia, Ireland, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.

image is not available

Dengan ciri Take A Break, pengguna remaja diingatkan supaya berehat seketika dari menggunakan aplikasi. Turut diaktifkan ialah ciri tidak membenarkan pengguna remaja menggunakan ciri Tag oleh akaun yang tidak diikuti oleh mereka. Saranan untuk berubah dari topik tertentu juga diberikan kepada remaja sekiranya Instagram mengesan mereka menghabiskan terlalu lama pada satu topik tertentu.

image is not available

Bagi ibu bapa pula mereka diberikan pilihan untuk melihat aktiviti serta tempoh penggunaan aplikasi oleh anak-anak. Kemudiannya had masa boleh ditetapkan sendiri oleh ibu bapa mengikut keperluan. Dengan kesemua ciri yang diperkenalkan ini, Instagram berharap dapat mewujudkan platform yang lebih selamat untuk digunakan oleh remaja serta mengurangkan kerisauan di kalangan ibu bapa.