
Kota Kinabalu: Bengkel Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS) diadakan selama dua hari pada 14 hingga 15 Disember bertempat di Ballroom Wisma Wanita, pada Rabu.
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bengkel tersebut diadakan bagi mempersiapkan pelan strategik induk pembangunan wanita untuk 10 tahun bagi 2023 hingga 2032.

