“Baru Lepas Sesi Fotografi” – Raysha Bertegas Tiada Istilah Langgar SOP, Dedah Apa Sebenarnya Berlaku

Entertainment
29 Dec 2021 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Raysha Rizrose yang juga adik kepada Uqasha Senrose menegaskan bahawa majlis kakaknya dan Kamal Adli pada 15 Disember lepas tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut Harian Metro, Raysha berkata setiap tetamu yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksin Covid-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera.

Difahamkan, tetamu hanyalah terdiri daripada kaum keluarga, rakan terdekat sahaja dan kanak-kanak pula tidak dibenarkan hadir.

Bagaimanapun, menerusi video yang tular itu menurut Raysha sebenarnya ketika itu tetamu baru selepas selesai sesi fotografi bersama pengantin.

Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap.”

image is not available

Katanya, dia sedia memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak berkuasa. Akuinya lagi, penjarakan sosial sukar dijaga dan dikawal sebaliknya masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab sendiri untuk patuhi SOP.

Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP.”

image is not available 1 hari lalu

"Konon Alim Sangat!" - Majlis Berinai Tema Bollywood Uqasha Dan Kamal Dikecam, Michael Ang Bidas Netizen