OnePlus 10 Pro Akan Menggunakan Teknologi LTPO 2.0 Untuk Pengalaman Lebih Lancar

TechnologyDigital
23 Dec 2021 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus akan melancarkan OnePlus 10 dan OnePlus 10 Pro Januari ini, mungkin pada 5 Januari. Ia dikatakan akan hadir dengan pengecasan pantas Warp Charge 80, iaitu dengan kuasa 80W. Tidak lupa juga peranti ini disahkan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1.

image is not available

Selain daripada rekaan seakan Galaxy S21, OnePlus 10 turut dikatakan akan hadir dengan kamera 48+50+8 Megapixel yang ditala oleh Hasselblad dan menyokong zum 3.3x optikal serta zum digital mencapai 30x. Untuk kamera swafoto ia dikatakan akan menggunakan sensor 32MP.

image is not available

Pete Lau baru-baru ini menyatakan, sekali lagi OnePlus dengan bangganya bekerjasama dengan Samsung Display untuk menggunakan panel paparan Fluid AMOLED dengan lapisan LTPO generasi baharu iaitu LTPO 2.0. Panel LTPO digunakan untuk paparan kadar segar semula adaptif 1Hz – 120Hz dan untuk generasi bahar ini ia dikatakan akan menawarkan tatalan dan pengalaman sentuhan yang jauh lebih lancar dan pantas.