Oppo Memperlihatkan Prototaip Kamera Boleh-Sentut – Selamat Tinggal Bonggol Kamera

TechnologyDigital
17 Dec 2021 • 7:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo pada minggu ini telah mengadakan acara Oppo INNO Day, sekaligus memperlihatkan pelbagai teknologi baharu yang sedang dibangunkan. Antaranya adalah termasuk cip pemprosesan pengimejan tersendiri, kaca mata pintar dan juga telefon boleh-lipat.

Selain daripada itu, Oppo juga turut memperlihatkan sokongan kamera boleh-sentut (retractable) – iaitu sensor kamera yang boleh keluar-dan-masuk mengikut pilihan pengguna apabila menggunakannya.

image is not available

Oppo menggunakan sensor 1/1.56” 50mm F2.4 untuk tujuan ini, dan turut menawarkan sejumlah ciri menarik, termasuk sokongan zum optikal 2x. Rakan kami di Nextrift telah mencuba sokongan kamera boleh-sentut ini, dan mengatakan tertarik dengan fungsi berkenaan – malah rakaman gambar zum optikal dengan kamera boleh-sentut ini dikatakan lebih baik berbanding telefon biasa.

Ia turut dikatakan mengambil masa sekitar setengah saat untuk membukanya daaripada antaramuka kamera – tetapi sebaik sahaja diaktifkan, ia menawarkan ciri kawalan ISO, kelajuan shutter, autofokus dan sebagainya.

Buat masa ini, teknologi ini masih pada peringkat prototaip – dan mungkin disertakan pada peranti keluaran Oppo akan datang tidak lama lagi.