Bimbang PKP lagi, ibu saudara terbang dari Sabah beraya dengan famili

10 Dec 2021 • 3:37 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

JIKA dicongak, sudah dua tahun Aidil Fitri diraikan sepi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana rentas negeri tidak dibenarkan.

Tidak hanya rentas negeri, aktiviti menziarahi juga tidak dibenarkan untuk menyekat penularan Covid-19.

Kini dengan kewujudan pelbagai varian maut Covid-19, ramai gusar tidak dapat menyambut perayaan itu di samping keluarga tercinta buat ke sekian kalinya tahun hadapan.

image is not available

Bimbang ia berulang, pengguna TikTok Ekyn Aris berkongsi ibu saudaranya sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk berkumpul dengan ahli keluarga selepas sekian lama terpisah.

Lebih menghiburkan, kata Ekyn ibu saudaranya berbuat demikian kerana risau PKP bakal dilaksanakan semula sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan disambut pada Mei 2022.

“My makcik dari Sabah datang raya sebab takut bulan 5 nanti PKP,” titipnya.

Video 10 saat berlatarkan lagu raya itu menerima 560 ribu tontonan dan 104,000 tanda suka.


Warga maya memberikan pelbagai reaksi warganet yang mengatakan ia adalah ‘panik raya.’ Rata-rata mengatakan ia mencuit hati.

 

image is not available

image is not available

image is not available

Menurut Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Hari Raya Aidil Fitri 2022 akan disambut pada 3 dan 4 Mei.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!