Pengeluaran Canon EOS R3 Dan Lensa 14-35mm F4L Ditunda Selama Enam Bulan Kerana Isu Bekalan Komponen

TechnologyDigital
9 Dec 2021 • 6:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa bulan lalu, Canon telah memperlihatkan kamera nircermin paling canggih mereka, iaitu Canon EOS R3 yang hadir dengan sensor BSI 24.1 MP CMOS yang mampu menangkap 30 bingkai gambar sesaat. Pra-tempahan untuk kamera tersebut nampaknya telah dibuka beberapa hari yang lalu, tetapi nampaknya Canon telah mengeluarkan kenyataan yang tidak begitu baik untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan kamera ini.

Canon mengesahkan bahawa walaupun fasa pra-tempah ini berlaku seperti biasa, mereka mengeluarkan kenyataan bahawa pengeluaran kamera Canon EOS R3 ini akan tertunda selama enam bulan, menyebabkan pelanggan-pelanggan Canon yang menempah kamera ini akan menunggu satu masa yang agak lama sebelum mreka boleh mendapatkannya.

image is not available

Selain daripada kamera ini, lensa Canon 14-35mm F4L juga dilihat mempunyai masalah yang sama dimana kekurangan bekalan komponen menyebabkan lensa ini tidak dapat dikilangkan dengan kadar yang cepat. Terdapat juga beberapa lensa lain yang menghadapi masalah yang sama, tetapi tidak seteruk lensa Canon L ini.

Industri kamera profesional juga dilihat tertekan oleh kekurangan bekalan komponen ini, dimana Sony sebelum ini berkata mereka terpaksa menghentikan pengeluaran kamera Sony ZV-E10 kerana isu yang sama.

Sumber: FStoppers

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved