PKPD di Felda Jengka 25 Temerloh mulai esok: MKN

27 Dec 2021 • 8:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang mulai esok hingga 10 Jan tahun depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.-Bernama