TM : Pengguna Pascabayar Unifi Mobile Boleh Menikmati Perkhidmatan 5G Di Kawasan Terpilih Ketika Ujian Rintis

TechnologyDigital
5 Dec 2021 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telekom Malaysia kini mengesahkan laporan di Amanz semalamm, dan mengatakan akan melakukan ujian 5G bersama DNB dalam terus mengoptimasikan perkhidmatan.

Menariknya, TM turut mengatakan yang mana ketika fasa ujian rintis, pengguna pascabayar Unifi Mobile dengan peranti 5G yang disahkan turut boleh menikmati perkhidmatan 5G di kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

image is not available

TM mengatakan mereka akan terus menyokong aspirasi kerajaan dalam menawarkan perkhidmatan 5G kepada negara, sekaligus mempercepatkan orang ramai, perniagaan dan industri ke era Digital Malaysia.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan permulaan ujian rintis untuk 5G oleh TM ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved