“Pintu Ada Kesan Umpil” – Bekas Isteri Dakwa Pelakon Larikan Anak, Culas Bagi Nafkah?

Entertainment
27 Dec 2021 • 1:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Facebook, seorang wanita membuat pendedahan mendakwa bekas suami yang merupakan seorang pelakon telah melarikan dua anaknya.

Wanita ini difahamkan telah membuat laporan polis mendakwa pintu rumahnya telah diumpil serta barang peribadi anak seperti kad pengenalan dan telefon diambil.

Dia yang telah berkahwin lain berkata, pelakon berkenaan sebelum ini membuat kekecohan di rumah ibu mentuanya dan membuat ugutan.

image is not available

Dakwa wanita ini lagi, dia sekarang sebenarnya dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak. Sejak bercerai pada tahun 2010, bekas suami jarang sekali menghulurkan wang nafkah anak-anak.

image is not available

Dalam luahan di Facebook, wanita ini berkata selama berkahwin dia telah menjadi mangsa kekejaman suami. Malah, dari anak kecil dia yang menanggung anak.

Kredit: Facebook Julia Ma’Wa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.