Samsung Bakal Menjadi Yang Terawal Hadir Dengan Paparan HDR10+ Gaming

TechnologyDigital
24 Dec 2021 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung sedia terkenal dengan teknologi skrin terbaik. Ini kerana Samsung Display tidak berhenti menghasilkan teknologi baharu dan terus implementasi dalam produk sedia untuk pengguna.

Daripada skrin untuk telefon pintar, tablet, televisyen atau monitor – semuanya ada. Terkini, Samsung bakal hadir dengan beberapa produk paparan baharu menfokuskan gaming.

image is not available

Televisyen 4K dan 8K terpilih tahun 2022 dan beberapa monitor dalam siri gaming tahun 2022 nanti akan menjadi pertama di dunia menyokong piawaian HDR10+ Gaming.

Teknologi ini akan cuba bersaing dengan Dolby Vision, yang mana menawarkan kualiti visual lebih baik, jauh lebih terang, menyokong kadar pendam masa rendah dan kadar segar semula tinggi melebihi 120Hz (adaptif).

image is not available

Samsung turut bekerjasama dengan Saber Interactive untuk demonstrasi permainan video HDR10+ Gaming, melalui Redout 2 dan Pinball FX. Manakala, Game Mechanic Studios pula dengan Happy Trails dan Kidnapped Princess.

Demonstrasi dan informasi lanjut mengenai produk ini akan didedahkan di acara CES 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.