Lelaki bawa kerambit di tempat awam kena 5 tahun

10 Dec 2021 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 32 tahun dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana membawa pisau kerambit di tempat awam tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Zaifol Gahri Julhari yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Mohd Zaifol didapati memiliki senjata itu pada pukul 6.30 petang 29 Mei tahun ini di hadapan CIMB Bank di Api-Api Centre, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah supaya Mohd Zaifol menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya pada 29 Mei tahun ini.

Semasa rayuan, Mohd Zaifol yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga ibunya yang sudah tua serta adik-beradik.

Dia berjanji kepada mahkamah bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada Mohd Zaifol.

Dia berkata Mohd Zaifol membawa senjata di tempat awam tanpa kebenaran.

Sementara itu, dalam kes lain, seorang lelaki dipenjara lima tahund an dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil dadah secara berulang.

Lawrence Linjuran mengaku mengambil dadah itu pada 30 April tahun ini selepas kencingnya diuji positif untuk dadah di balai polis Tuaran.

Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau untuk kesalahan mengambil dadah pada 2018 dan 2019.

Selepas menjalani hukuman penjara itu, mahkamah memerintah supaya Lawrence diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.