GeForce MX550 muncul dalam Geekbench, GPU laptop kelas permulaan tahun 2022

Digital
13 Dec 2021 • 2:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam pengkalan data Geekbench, dilaporkan bahawa ada yang mengesan entri GPU laptop kelas permulaan yang bakal menggantikan GeForce MX450.

Jika produk itu menerjah pasaran, ia adalah sesuatu yang baik kerena MX450 sekarang sudahpun berusia beberapa tahun dan sudah tentu Nvidia tidak mahu produk mereka kalah kepada Intel Iris Xe dan APU AMD.

image is not available
Info MX550 pada sebuah laptop Lenovo yang belum dilancarkan

Berdasarkan maklutmat-maklumat di dalam pengkalan data Geekbench, MX550 mencatatkan 15% skor lebih tinggi berbanding MX450 dan masih menggunakan 25W tenaga untuk beroperasi.

Untuk spesifikasi teknikal, MX550 dilapor menggunakan seni bina Ampere yang lebih baharu. Senibina ini digunakan pada GPU seperti RTX 30. Padanya terdapat 2GB GDDR6 VRAM untuk diguna pakai.

Sumber: WCCFTECH

Bacaan berkaitan

View Original Article