“Kata Dah Tak Nak Sentuh Perempuan” – Netizen Persoal Tindakan Zul Ariffin Pegang Muka Ruhainies

21 Dec 2021 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Berbakat dalam bidang lakonan serta berbadan sasa, itulah gambaran yang sesuai diberikan kepada pelakon tanah air, Zul Ariffin yang menjadi salah satu selebriti yang dikagumi oleh ramai pihak.

Sebelum ini, usaha Zul mendekatkan diri dengan agama telah menjadi perhatian ramai selain turut mendapatkan tunjuk ajar daripada pendakwah terkenal, Ustaz ebit Lew.

image is not available

Menurutnya, dia tidak mahu menyifatan perkara tersebut sebagai satu hijrah yang tergesa-gesa dan hanya ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.

Perkara itu mendapat reaksi positif dari kalangan netizen selain turut mendoakan agar pelakon itu mampu bertahan dalam usaha mendekatkan diri dengan agama.

Zul Ariffin jadi bualan hangat, ‘pegang manja’ muka Ruhainies

Bagaimanapun, pelakon tersebut sebelum ini pernah menyatakan bahawa tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita jika ingin mendapatkan keserasian.

Hal itu diulasnya ketika memberikan reaksi mengenai gandingan sulungnya bersama pelakon, Uyaina Arshad yang juga bertudung dalam sebuah drama bertajuk Love Elsa.

image is not available

Namun, pelakon berusia 35 tahun itu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila tular di media sosial memaparkan aksinya berpegangan tangan dengan pelakon jelita, Ruhainies.

Menerusi sebuah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, dipercayai kedua-dua pelakon itu saling bertemu ketika menghadiri sebuah majlis Anugerah Drama Sangat yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Namun kebenarannya masih tidak diketahui.

@zaharzbubu7

Sweet tak zul dan ruhainies?? !! Hehe image is not available

♬ Title – Meghan Trainor

Berdasarkan video tersebut, pada awalnya Zul sedang berbual dengan pelakon itu sebelum bertindak memegang muka Ruhainies dan memusingnya ke arah kamera.

Selain itu, kedua pelakon tersebut juga terlihat saling berpegangan tangan sambil terpapar reaksi gelak ketawa antara mereka selepas melakukan perkara itu.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan pelakon berbadan sasa itu selain sempat mengungkit mengenai sentuhan dengan wanita yang pernah diucapkan Zul sebelum ini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 243,000 tanda suka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media