Tunggu 5 Jam Di Ruang Sempit KLIA, Jemaah Umrah Mengamuk Depan KJ

29 Dec 2021 • 8:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial video berdurasi 1 minit dan 31 saat memaparkan jemaah umrah yang baru tiba di tanah air mengamuk kerana terpaksa menunggu selama 5 jam di ruangan sempit.

Difahamkan, mereka terpaksa menunggu di situ sementara dipakaikan gelang peranti pengesanan digital.

Dalam video tersebut, turut kelihatan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sedang memantau proses pemakaian gelang digital itu.

@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ #viral #umrah #YBKJ #SOP ♬ original sound – Zulkifli Mohamed

Dalam hantaran itu turut kedengaran jemaah umrah mempertikaikan persediaan pihak berwajib dalam menguruskan hal ini.

Jemaah juga kelihatan letih berada dalam ruang yang tidak bersesuaian tanpa penjarakan sosial. Ada di antara orang tua terpaksa menunggu lama tanpa sebarang makanan dan minuman disediakan.

Namun katanya, selepas pemantauan daripada Khairy Jamaluddin, jemaah umrah diberi air minuman. Pemakaian jam ‘tracker’ juga dibatalkan dan diganti dengan gelang pink.

@uzm_87 Reply to @hmmmmmmmmmm120 dah pakai..siap je pakai,KJ umum pemakaian jam tracker ni dibatalkan serta merta dan ditukar kepada gelang pink. #umrah #fypシ ♬ original sound – Zulkifli Mohamed

Dalam satu hantaran lain, ada jemaah umrah berpendapat kajian menyeluruh perlu dibuat sebelum sebarang prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan.

Mereka berterima kasih kepada Menteri Kesihatan yang sudi melihat sendiri keadaan mereka di lapangan terbang dan menyelesaikan isu dengan segera.

image is not available

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mengumumkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang daripada umrah diwajibkan memakai gelang peranti pengesanan digital.

Hal ini berikutan 30 daripada 49 varian baharu, Omicron di Malaysia dikesan pada 23 dan 24 Dis merupakan kes import dari Arab Saudi.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.