“Orang Tu Baru Sahaja Hilang Rumah, Kau Boleh Kurang Ajar” – Azhar Osman

22 Dec 2021 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Azhar Osman berang terhadap tindakan biadap beberapa individu terhadap seorang warga emas yang juga mangsa banjir dalam sebuah rakaman yang tular baru-baru ini.

Menerusi Instastory miliknya, Azhar menyifatkan tindakan individu-individu terbabit yang mengarahkan warga emas tersebut menunjukkan kesedihan ketika berada di rumahnya yang sudah hancur sebagai keterlaluan dan kurang ajar.

Menurut Azhar, mangsa merupakan warga emas yang sudah berumur 70 tahun dan baru sahaja hilang rumah. Tidak perlu berkelaluan sebegitu.

Aku benda lain boleh tahan lagi, tapi kalau melibatkan kurang ajar dengan orang tua sampai macam itu.

Tambah penyanyi yang terkenal menerusi lagu Hujung Waktu itu, tidak perlu untuk memberi arahan kepada warga emas itu untuk berlakon.

Kalau aku jumpa aku sepak muka engkau. Keluar biji mata engkau. Syaitan. Paling geram suara perempuan di belakang itu.

Bagaimanapun, dalam keterangan yang disertakan bersama video tersebut menyatakan bahawa suara yang memberi arahan kepada warga emas yang dirakam bukan dikeluarkan oleh wartawan.

Malah, suara yang dirakam memberi arahan datang dari salah seorang ahli keluarga warga emas tersebut.

image is not available 4 jam lalu

Turut Bersimpati Keadaan Banjir Kilat Di Malaysia, CEO Apple Sedia Hulur Bantuan