Razer ada aksesori MagSafe dengan fungsi penyejuk dan RGB

Digital
8 Dec 2021 • 10:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tak syoklah main game tapi tiada lampu RGB bukan? Kalau anda pemain tegar games di iPhone, Razer ada lancarkan aksesori RGB yang turut bertindak sebagai penyejuk telefon yang menykong MagSafe.

Diberi nama, Phone Cooler Chroma, pengguna boleh dapatkannya pada harga USD60 (RM253) dan ia boleh digunakan pada iPhone yang menyokong Magsafe kerana ia melekat menggunakan magnet. Buat telefon lain yang tiada fungsi Magsafe, versi bukan magnet tetapi jenis pengapit ada dijual pada harga yang sama.

image is not available

Lampu RGB pada aksesori ini boleh diubah. Melalui sambungan Bluetooth, pengguna boleh memasang APP Razer di telefon untuk menetapkan pola pancaran lampu RGB mengikut kesukaan.

image is not available

Biasanya produk Razer memang harganya tinggi. Ada alternatif yang lebih murah boleh dipertimbangkan. Black Shark ada aksesori penyejuk pada harga kurang daripada RM200 yang boleh anda dapatkannya di gedung-gedung dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

image is not available

Bacaan berkaitan