Terima Bantuan Selangor Ketika Banjir 2014, Kini Tiba Masa Anak Kuala Krai Balas Budi

23 Dec 2021 • 8:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pada Disember 2014, Kelantan telah dilanda banjir besar menjadikannya antara yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Dianggarkan jumlah kerugian infrastruktur dan aset awam ketika itu sebanyak RM200 juta.

Bersimpati dengan nasib penduduk Kelantan, pelbagai sumbangan dan bantuan telah dihulurkan masyarakat untuk meringankan beban. Nasiblah ada rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu padu berkaitan hal-hal sebegini.

Seperti video di TikTok ini, anak Kelantan di Kuala Krai membalas jasa tersebut dengan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor pula.

Mereka telah membuka satu khemah khas untuk tujuan pengumpulan barang-barang sumbangan seperti makanan dan keperluan asas yang lain.

@lepakcafekualakrai_

Alhamdulillah . Sedikit sumbangan utk ringankan beban saudara kita di Selangor . Semoga dipermudahkan segala urusan image is not available . ##banjir @ninini_11

♬ original sound – hycankmsukQC

Meninjau ke ruangan komen, individu yang pernah menghulurkan bantuan kepada Kelantan ketika banjir 2014 tampil menceritakan pengalaman mereka.

Salah seorang netizen berkata, dia memenuhkan barang keperluan dari Selangor pulang ke Kuala Krai untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga yang sampai berkampung selama sebulan di Kampung Laloh demi membantu mereka yang memerlukan. Semestinya pengalaman ‘berharga’ itu tidak dapat dilupakan.

Kredit: TikTok @lepakcafekualakrai_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.