Struktur haram punca parit tersumbat

28 Dec 2021 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah meminta seorang pemilik rumah di Karamunsing, yang secara tidak sengaja menyumbat parit di hadapan rumahnya apabila dia mengubah suai laluan masuk ke rumahnya, untuk membuka halangan tersebut dari dalam.

Agensi itu juga sedang cuba menentukan sama ada seorang pemilik rumah di Luyang perlu melakukan perkara sama.

Tindakan ini didorong oleh aduan daripada dua pemilik rumah bahawa air di dalam parit masing-masing tidak disalurkan dengan baik.

Air dari parit di Karamunsing sering melimpah, semasa hujan lebat, sehingga bertakung di jalan perumahan dan membanjiri kawasan kediaman di sekitarnya.

Bagi kes parit di Luyang pula, air di dalamnya tidak surut walaupun cuaca kering, menimbulkan kebimbangan nyamuk Aedes mungkin membiak di situ.

Kedua-dua individu tersebut memberi Hotline lokasi parit-parit terbabit, yang diserahkan kepada DBKK.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan (ED) agensi itu berkata kakitangannya mengesahkan bahawa “banjir kilat” kerap berlaku di jalan di Karamunsing.

“Pemeriksaan tapak mendedahkan bahawa ia disebabkan oleh aliran balik dari parit,” katanya.

AIR melimpah dari parit di Karamunsing kerana sebahagiannya tersumbat apabila laluan pandu sebuah rumah di sini dibina semula.

“Sebahagian daripada parit tepi jalan yang sepatutnya parit terbuka, didapati ditutup oleh bidur konkrit.”

Agensi itu mengesyaki bahawa ini mungkin berlaku apabila laluan pandu masuk bagi salah satu rumah di situ dibina semula, menurutnya.

“Pemilik rumah yang menjalankan pengubahsuaian ini telah diarahkan untuk mengalihkan bidur konkrit tersebut dari dalam parit.

“Dia juga diminta membuat bukaan-bukaan, pada selang tiga meter, untuk memudahkan kerja-kerja menyelenggara parit itu.”

Notis mengenai perkara ini telah diberikan kepada pemilik rumah tersebut, menurut jurucakap itu.

“Dia diberikan tempoh ihsan untuk memenuhi syarat-syarat kami. Sekiranya dia gagal mematuhinya maka tindakan lanjut boleh diambil terhadapnya.”

Dia mengakui bahawa pemilik rumah itu boleh dikenakan denda di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, tetapi enggan mendedahkan jumlah penalti ini.

WILL, yang tinggal di sepanjang Jalan Sang Kancil, kesal dengan pengurusan kurang baik bagi parit-parit hadapan rumah bagi kawasan yang dikenali sebagai Turnbull Place.

“Air parit melimpah ke jalan perumahan dan ke halaman rumah kami setiap kali hujan lebat,” katanya.

Dia berharap pihak berkuasa tempatan akan mengambil serius soal menambah baik perparitan di situ sebelum wabak denggi berlaku di kawasan ini di Karamunsing.

“Keadaan parit-parit tepi jalan ini beransur-ansur merosot sejak beberapa tahun lalu.

Seorang jurucakap syarikat konsesi kerajaan berkata, parit-parit di kedua-dua sisi Jalan Sang Kancil dibersihkan setiap setengah tahun.

Katanya, penyelenggaraan terakhir dilakukan pada September lalu.

PARIT-PARIT di sepanjang Jalan Sang Kancil dibersihkan beberapa bulan lalu. Rumput di bahu jalan juga dipotong pada masa yang sama.

“Kami mempercepatkan jadual kerja ini selepas mendapat tahu beberapa rumah di sini dinaiki air ketika hujan lebat pada bulan itu,” katanya.

“Bagaimanapun, penyelia tapak kami memeriksa keadaan parit-parit itu secara berkala sejak waktu itu.

“Kami akan mempertimbangkan kemungkinan untuk menyelenggara struktur-struktur ini jika ada kewajaran berbuat demikian.”

Sementara itu, pegawai ED akan memeriksa keadaan di Taman Southern, selepas dimaklumkan tentang kesalahan membabitkan satu laluan pandu di situ oleh rakan sejawat dari Jabatan Kesihatan Persekitaran (HED).

Jurucakap HED berkata, pegawai pemeriksa dari Bahagian Kawalan Vektor DBKK menyedari kehadiran “struktur haram” yang dibina di atas bahagian parit hadapan di Lorong Unta 11.

“Pada masa itu, kakitangan kami sedang memeriksa dakwaan bahawa nyamuk Aedes mungkin telah membiak di dalam parit itu,” katanya.

“Mereka memang menemui larva serangga itu di dalam air parit tetapi, mujurlah, juga mendapati adanya ikan berenang di dalamnya.”

Dia menjelaskan bahawa ikan-ikan itu nampaknya memakan larva nyamuk, jadi keputusan dibuat untuk menangguhkan penghapusan larva nyamuk di parit Luyang itu.

Jurucakap itu berkata pegawai dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, serta Jabatan Landskap (LD) DBKK dan satu lagi syarikat konsesi kerajaan, turut hadir semasa pemeriksaan yang dijalankan pada pertengahan Disember.

“Kakitangan LD mengesahkan paras air di dalam parit itu adalah tinggi dan struktur itu memerlukan penyelenggaraan.

“Kakitangan konsesi itu membersihkan struktur ini ketika itu juga kerana ia terletak di bawah bidang kuasa syarikat.

“Semasa cuba memastikan kenapa air tidak mengalir dengan baik, kakitangan kami ternampak halangan di bawah laluan pandu itu.”

Jurucakap itu berkata alamat rumah itu, di mana pengubahsuaian telah dibuat, telah dimaklumkan kepada Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Kawalan Bangunan DBKK.

SEMASA memeriksa kehadiran larva nyamuk Aedes, staf DBKK ternampak struktur haram di bawah laluan pandu ini di Lorong Unta 11.

GOM dari Luyang mengecam bau busuk yang datang dari arah parit depan rumahnya di Taman Southern.

“Saya terpaksa menutup kebanyakan pintu dan tingkap saya untuk mencegah bau busuk daripada masuk,” katanya.

“Saya juga bimbang air di dalam parit itu menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana saya pernah melihat banyak serangga ini di sekitar rumah saya.”

Gom juga sudah beberapa lama memperhatikan bahawa air di dalam parit itu tidak surut biarpun ketika cuaca kering.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan akan bertindak sebelum berlaku wabak denggi berlaku lagi di kejiranan ini.

“Dua tahun lalu, tujuh daripada kami yang tinggal di sini - termasuk saya sendiri - menghidap demam denggi.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.