Kerjasama Masa, PPMI bantu pendidikan komuniti Pala’u

16 Dec 2021 • 11:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Institut Masa Depan Malaysia (Masa) menjalin kerjasama dengan Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) khususnya dalam membantu perkembangan pendidikan di kalangan kanak-kanak komuniti Pala’u dan juga tenaga pengajarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Masa, Azril Mohd Amin berkata, sebagai sebuah badan pemikir bebas yang menggabungkan tenaga pakar dalam kerjasama bidang akademik, program lawatan ke lapangan di PPMI Kg Kabog di sini diharap dapat memberi pendedahan secara langsung kepada penyelidik, berkenaan situasi dan suasana sebenar proses pendidikan di kalangan komuniti tersebut yang berdepan pelbagai isu serta cabaran semasa.