“Saya Pura-Pura Okey Ketika Bekerja Di Atas Pentas” – Anak Nabila Huda Terkandas Banjir

20 Dec 2021 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Nabila Huda mengakui hatinya tidak tenteram dan risau kerana anaknya, Keisha terkandas di rumah neneknya akibat banjir.

Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, yang sedang mengendalikan acara Anugerah Drama Sangat terpaksa berpura-pura ketika bekerja walaupun sangat bimbang dengan keselamatan anaknya.

Menerusi InstaStory, pelakon drama Diva Popular itu memaklumkan perkara tersebut selain memberitahu, kediaman neneknya juga sudah dinaiki air paras lutut.

Perkara paling susah dalam karier saya adalah saya perlu berpura-pura okey ketika bekerja, di atas pentas, senyum dan ketawa tapi dalam hati, jiwa tengah memberontak.

Bagaimanapun, Nabila, 37, bersikap profesional dengan menjanjikan hasil kerja terbaik selaku pengacara Anugerah Drama Sangat bersama rakan pelakon, Ain Edruce.

Risau yang teramat sebab Keisha terkandas di rumah nenek dia yang banjir. Rumah nenek saya juga sudah naik sampai paras lutut.

image is not available

Walaupun dalam emosi tak stabil, penuh kerisauan, hati risau, persembahan tetap perlu diteruskan.

Terdahulu, beberapa kawasan di Lembah Klang mula dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti di beberapa kawasan iaitu Telok Gong, Pandamaran dan Kampung Sungai Pinang.

image is not available 2 minggu lalu

Muat Naik Gambar Bercuti Berpakaian Menjolok Mata, Giliran Nabila Huda Pula Dikecam Netizen