
Kota Kinabalu: Tan Sri Goh Tian Chuan diberi mandat untuk mengetuai Persatuan Menembak Sabah (SSA) semasa Mesyuarat Agung Tahunannya merangkap pemilihan ahli jawatankuasa baharu (2021-2022) yang diadakan di Putra Ballroom di sini pada Ahad.
Kesemua jawatan dimenangi tanpa bertanding dengan jawatan Naib Presiden jatuh kepada Yong Yit Fui, manakala tujuh ahli Jawatankuasa baharu adalah Felix Lee, Bede Yap, John @ Gilbert Johnny, Chua Min Fah, Jeff Fung, Jeffrey Wong dan George Maurice.
