Samsung Galaxy Tab A8 Dilancarkan Dengan Skrin 10.5″ Dan Bateri 7040 mAh

TechnologyDigital
16 Dec 2021 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy Tab A8 dilancarkan pagi ini sebagai satu lagi tablet kelas pertengahan dari mereka. Tablet dilengkapi skrin 10.5″ TFT, dijana cip lapan teras, memori sehingga 4GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 7040 mAh yang menyokong pengecasan 15W.

image is not available

Kamera utama sebesar 8MP dipadankan pula dengan kamera 5MP di hadapan. Jelas ini sebuah peranti kelas pertengahan yang akan dipasarkan pada harga lebih mampu milik. Terdapat sistem audio stereo menerusi empat speaker lengkap dengan audio Dolby Atmos serta bicu audio 3.5mm. Bagi yang memerlukan storan lebih besar, tablet menyokong kad mikro SD sehingga 1 TB.

Tiada sokongan untuk stylus diberikan tetapi peranti menggunakan sistem operasi Android 11 dengan pelancar One UI. Samsung Galaxy Tab A8 akan dilancarkan di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat terlebih dahulu tetapi harga belum diumumkan. Model ditawarkan dalam versi WiFi dan LTE.