OnePlus 10 5G Mungkin Dilancarkan Pada 5 Januari Hadapan

TechnologyDigital
8 Dec 2021 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus 10 5G adalah antara peranti terawal yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Pihak OnePlus masih berteka-teki tentang bilakah peranti mercu terkini mereka ini akan dipasarkan. Hari ini imej kad jemputan ke majlis pelancaran telah tertiris menunjukkan ia akan berlangsung pada 5 Januari 2022.

image is not available

Majlis pelancaran akan dilakukan ketika acara Consumer Electronics Show di Las Vegas. Sekiranya imej yang tertiris ini sahih, OnePlus 10 5G dilancarkan dua bulan lebih awal berbanding OnePlus 9 yang hanya dilancarkan pada Mac tahun ini.

Selain menggunakan Snapdragon 8 Gen 1, peranti turut dipercayai menggunakan konfigurasi kamera utama 48+50+8 Megapixel dengan teknologi Hasselblad dan menggunakan kamera swafoto 32MP. Peranti ini turut tidak akan menggunakan teknologi kamera periskop, sebaliknya akan kekal dengan kamera telefoto biasa dengan kemampuan zum 3.3x optikal serta zum digital mencapai 30x.

Sumber @MaxJmb

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved